Gambar diambil bersama arwah abah dan kakak sulungku. Ishak B Arshad. Nurahayu iswati Ishak. Ketika ini,umur masih kecil,hati sesuci kain putih.Bahagia ketika ini. :) |
Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya.
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…”
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Konsep ‘yang tua dihormati, yang muda dikasihi’ perlu diamalkan untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Dalam sesebuah keluarga khususnya di kalangan adik-beradik, konsep ini amat penting untuk kemesraan dan kesejahteraan bersama.
Abang dan kakak mestilah mempunyai perasaan sayang dan kasih kepada adik. Kasih akan melahirkan rasa ingin membimbing, ingin lihat ceria, selamat, sejahtera, memaafkan dan bertolak-ansur dengan adik-adik. Abang dan kakak hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab ini. Sebagai abang dan kakak yang bertanggungjawab dan penyayang, sewajarnya sentiasa memantau kelakuan adik-adik , menasihati mereka, membimbing mereka, membantu menyelesaikan masalah mereka, mengambil berat sakit mereka dan sebagainya.
Yang menjadi adik pula mesti ada rasa hormat dan berlaku hormat kepada abang dan kakak. Jangan menyakitkan hati mereka, jangan berlaku tidak sopan, dengar dan patuh nasihat mereka, memaafkan kesilapan mereka, bertolak-ansur dengan mereka dan sebagainya. Adik hendaklah menjadikan abang dan kakak sebagai pengganti atau wakil ibu dan ayah dalam hubungan dengan mereka.
Semakin kita meningkat matang dan dewasa maka semakin perlu konsep ini diamalkan. Apabila besar, kita sudah pandai berkecil hati, dengki, marah, bosan dan sebagainya. Tanpa mengamalkan konsep di atas, sudah pasti berlaku kekeruhan dalam hubungan adik-beradik. Ada dengki dan kelahi kerana harta, rasa diketepikan dan berat sebelah oleh ibu bapa, rasa rendah diri dan dengki atas kelebihan abang atau adik dan sebagainya.
Apabila adanya konsep ini dalam diri masing-masing sudah pasti timbul rasa mengalah, memaafkan, redha, mesra dan bertimbang rasa dalam kalangan adik-beradik. Maka wujudlah hubungan adik-beradik yang mesra, erat, bantu-membantu , penuh hormat dan kasih sayang sehingga ke usia tua. Dengan izin Allah, ini menjamin kesejahteraan dan kemesraan yang diredhai Allah.

Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah melalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”. Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu’alam.
Sumber: iluvislam , http://jalankehambaan.blogspot.com