Monday, December 9, 2013

Air Dicincang Takkan Putus


Gambar diambil bersama arwah abah dan kakak sulungku. Ishak B Arshad. Nurahayu iswati Ishak.
Ketika ini,umur masih kecil,hati sesuci kain putih.Bahagia ketika ini. :)


Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…”
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Konsep ‘yang tua dihormati, yang muda dikasihi’ perlu diamalkan untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Dalam sesebuah keluarga khususnya di kalangan adik-beradik, konsep ini amat penting untuk kemesraan dan kesejahteraan bersama.

Abang dan kakak mestilah mempunyai perasaan sayang dan kasih kepada adik. Kasih akan melahirkan rasa ingin membimbing, ingin lihat ceria, selamat, sejahtera, memaafkan dan bertolak-ansur dengan adik-adik. Abang dan kakak hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab ini. Sebagai abang dan kakak yang bertanggungjawab dan penyayang, sewajarnya sentiasa memantau kelakuan adik-adik , menasihati mereka, membimbing mereka, membantu menyelesaikan masalah mereka, mengambil berat sakit mereka dan sebagainya.

Yang menjadi adik pula mesti ada rasa hormat dan berlaku hormat kepada abang dan kakak. Jangan menyakitkan hati mereka, jangan berlaku tidak sopan, dengar dan patuh nasihat mereka, memaafkan kesilapan mereka, bertolak-ansur dengan mereka dan sebagainya. Adik hendaklah menjadikan abang dan kakak sebagai pengganti atau wakil ibu dan ayah dalam hubungan dengan mereka.

Semakin kita meningkat matang dan dewasa maka semakin perlu konsep ini diamalkan. Apabila besar, kita sudah pandai berkecil hati, dengki, marah, bosan dan sebagainya. Tanpa mengamalkan konsep di atas, sudah pasti berlaku kekeruhan dalam hubungan adik-beradik. Ada dengki dan kelahi kerana harta, rasa diketepikan dan berat sebelah oleh ibu bapa, rasa rendah diri dan dengki atas kelebihan abang atau adik dan sebagainya.

Apabila adanya konsep ini dalam diri masing-masing sudah pasti timbul rasa mengalah, memaafkan, redha, mesra dan bertimbang rasa dalam kalangan adik-beradik. Maka wujudlah hubungan adik-beradik yang mesra, erat, bantu-membantu , penuh hormat dan kasih sayang sehingga ke usia tua. Dengan izin Allah, ini menjamin kesejahteraan dan kemesraan yang diredhai Allah.
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah melalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”. Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu’alam.
Sumber: iluvislam , http://jalankehambaan.blogspot.com

Saturday, October 19, 2013

my E days

Jujur..masih tak percaya,bila tgk gambar betul ke aku?

haih,bukan nk poyo sbb make up cantik la pe,aku tak caya dah jadi tunang orang.hoih.mmg tak caya weh!betul ke muka aku tu?betul ke aku yg disarungkan cincin?hahahaha toksah poyo la aju ko yg nk pilih cara ni buat tak caya pulak!bengong.hee.rasa mcm tak layak lagi nk jadi isteri orang.Well...part lain tu maybe dah boleh kot mcm masak,kemas rumah,yang berkaitan dgn kerja si isteri tp bab agama..haih.layak ke aku nk didik anak-anak aku nnt.hmm.Banyak lagi yg nak kena blaja but bila dah nama jodoh,aku terima je dh ini jalannya.Allah dh atur tuk aku,tak kn nak menidakkan takdir ye dok?

     Alhamdulillah,everything went well even tak sempurna majlis org lain.ada benda yg terjadi hari tu,menangis gak la sbb org terdekat kte,org paling rapat,bila bermain dgn perkataan mmg sakit yg amat.sabar.itu yang pasti.abeh make up,tq sis sbb bg semangat. 

Pasal make up,seyes aku mmg xske make up akak tu.mmg murah tp perghh make up dia berlayer2 bak anggg!muka aku ni mmg ad jerawat tp tak banyak n parut je,mayb muka aku ni sensitive plus collection make up dye ya rabb aku xtaw la dh lama mna dye x tukoo.haih.dh tu aku da ckp xnk bulu mata pelesu,dye p buh.mmg xselesa weyyyy.time tgkap gambo,sarung cincin muka susah tul nk senyum,nk posing mmg x la,dhla mood xbrapa ok,make up plak jd gtuu.haih sbr2.nvm,dh lepas.heh.but first and last aku make up ctuu,kawen nnt bia mahal sket yg pntg puas hati!

 Pics taken on that day.       

The sister


His sister & cousin 


him!


nervous okk!


:)


kenkonon pre-wedd :P


Hantarans

Friday, January 11, 2013

Another 2 step to go! :)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat MU Ya Allah.

satu langkah dah berjaya,ada lagi 2 step to go dan moga allah kuatkan jodoh kami.

On 22.12.2012,my boyfie and his family telah berkunjung ke rumah atau bahasa mudah merisik la konon-konommm..hihihi.Actually,dugaan Allah bg on that time.Dengan nak exam la 26 tu,then his family nk dtg,nk handle rumah yg kena kemas,dhla xcukup kaki + tangan.Dua2 kakak tgh pregnant and both of my lil sis xde.studying.huhhhhhh..what a day i have...sangat2 serabut and kelam-kabut.And terasa hati ngan my mom yg buat rilek mcm xde pape,last2 pagi tu dye yg kelam-kabut.Dlm hati terdetik,eh mama ni restu ke tak org nk dtg merisik ni??huhu syaitan sungguh kco aku knn!

Tapi Alhamdulillah berkat sabar yang banyak Allah mudahkan perancangan ini.syukur.Merisik ni lebih untuk mengenali family masing2 since our family dah kenal us but both our family tak kenal so that why this merisik happen.They dont put any tarikh for our e days,but my mom already choose it will happen on nov 2013.heee.see sapa yg excited lebih niee! love you mama! :)

Few pics taken on that night,brought them to kuala perlis to taste our famous seafood.hope they enjoy it.oh forgot that no one take a pics on a merisik thing..hmmm. :(










both become bigger n bigger....! -___-"