Tuesday, March 8, 2011

craving...iskhhh T_T


uhhhhh...Ahhhhhh..ihhhhhhh...erkkkkkk...hehehe...plz jgn salah faham,tiada makna pape ye hanya terkedu dan terlopong melihat piz d'bwh.Npe la sejak menjak nie asik nk mam yg manis2 je,tingin yg manis sume manissssssssssss jelah.Npe ek?Tapi antara yg "manis2' yang nk tu adalah sebahagian pix2 d'bawah.Nak aiskrim yg lookk yummmmmy tuk d'mam...iskhhh..jua2..tgh2 mlm gini ko wat hal ek.Klu bf dkt leh ler pkse dye kua bli mcD oreo mcflurry.Kepingin seh..adehh...krukk..krukk.. ~__~


erk..mlm2 gini ad 24ours kdai aiskelim cmnie x?teeeeee~

banana split is my fav...... ^__^''

arghhh..i cant help myself! (sambil mengigit hujung bantal xP)

ade jual kek kodai ke brand nie?xpnah nmpak..fuh fuh sosak napes~

-___-''

u look yummy..can i lick u some? ;PP



p/s: entry yg tah pape d'waktu mlm.sekian. :D



Monday, March 7, 2011

who is H A N A T A J I M A?


Cpe tu hana tajima?femes ke dye tu?comel ke?kekeke..Tu la antara soalan2 yg aku kemukakan kat diri aku sbb aku mmg xtaw pada mulanya cpe hana tajima tu.Kirany sume blog yg aku jelajah ad ckp pasal hana tajima tue..who is she??
Ta daaa....Comel kn dye?stylo abes.. :D

Hana tajima ni is a fashion designer,bknya celebrity jepun ke,pelakon ke penyanyi ke..paham.(p/s:aku je yg lambat nk paham.....)
Her full name is Hana Tajima Simpson which are Tajima for the japanese father,Simpson for mak dye omputih and Hana tu japan.Dye jd muslim kira2 4 tahun dulu.If nk tgk how she express her creativity in urban muslimah fashion chekedout kt link nie.


And some of my beautiful blogger fwen aku ad wat tutorial how to wear hijab like hana tajima..sama kot..aku pun ad torai2 tapi xbpe nk jadik ag..hahaha..leh chekedout kt link nie.



Selamat Mencuba!
;D






Sunday, March 6, 2011

Weekend and MS.




Tired.
Exhausted.
Fatigue.
In malay kepenatan,penat or capek. :P

Really,weekend nie aku tak dapat nak rest betul2..coz hari-hari biasa aku bekerja sebagai "suri rumah"..well..orang xbekerja kn.. ;) so weekend sepatutnya aku xdela bnyak sgt keje nk wat..ad masa senggang nk belek buku..usha blog orang..men game and tito ngan sepuasnya...hehehe..But this weekend i have to sacrifice coz abg ipar aku g kl ada keje,then aku kena la amik tugas dye jaga kak aku yg sakit tu fully.Really.Mmg penat.Not easy nk jaga org sakit.Cian abg ipar
aku.Letih jaga kak aku.She having a disease,dh lama,aku xleh nk state lma mna coz not sure tp bertahun gak la.Dye lumpuh satu badan.And buta mata sebelah kiri.Tp masih boleh bercakap,mendengar.Urat rasa dye dh xberfungsi.Mean if dye luka ke or kna cubit ke dye xkan rasa.Doctor classified penyakit ni as "Multiple Sclerosis".She's my elder sister.Akak aku yg sgt caring pasal adik2 dye.Baik and memahami.Pendengar yg baik and senang nk membantu adik2 solve problem.Bertuah sgt aku ada akak mcm dye.And aku xsanggup nk kehilangan dye.
Banyak mnde aku nk luah pasal dye,many things.Sebab sepanjang perjalanan dye menjadi pesakit MS nie aku d'belakang dye membantu mana yg termampu.Even aku terpaksa korbankan sesuatu,but demi dye,aku korbankan.Tak sanggup nk lukakan hati dye and bebankan dye.

She have a blog.Kt c2 banyak luahan yg dye simpan sepanjang dye ad sakit MS.


Hobi dye menulis.Before dye lumpuh satu badan dulu,dye bleh masih lagi menulis,sbb tangan masih lagi kuat.But she can't walk.She even wrote a novel.Tapi xsempat nak abehkan coz penyakit yg dye hadapi tu.Skang dye still menulis,tapi tangan dye xbpe kuat and some word ada typo and d'tekan oleh her son one and only.Doctor pun dh xde ubat nk bg.Sbb dh immune ngan badan dye.All she have to is pray..waiting for miracle to happen.
And for me..as a sister..aku cuma boleh berdoa,membantu and bg semangat.


Dear sister..I love you.
:')



Wednesday, March 2, 2011

Happy 3rd Anniversary my Dear.


Run
Running all the time
Running to the future
With your rite by my side

Me
I'm the one you chose
Out of all the people
You wanted me the most
I'm so sorry that I've fallen
Help me up lets keep on running
Don't let me fall out of love

Running,Running
As fast as we can
Do you think we'll make it?
We're running
Keep holding my hand
It's so we don't get separated

Be
Be the one I need
Be the one I trust most
Don't stop inspiring me
Sometimes it's hard to keep on running
We work so much to keep it going
Don't make me want to give up

No Doubt - Running. <3



To my dear,thanks sbb stay wit me sampai tahap nie.Walaupun,mcm-mcm dugaan datang..hati nie masih berharap hubungan nie b'jaya.Insya-allah.And i'm hoping..both of us berubah tuk hubungan nie kekal and impian yang kita nak akan tercapai.Plz...jgn amik ringan hal nie..we love each other rite?Kita buang ego jauh2 dlm segala hal and b'bincang.Marah xkan wat kita ag ok,kn?I be waiting for you dear.3 tahun ag dear.LET MAKE IT HAPPEN!! :'D

If you read dis..I really want you to know..I DO LOVE YOU SO MUCH.SO MUCH..

Love you Amir Fahmi.

<3


Tuesday, March 1, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.



Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.



Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


Nah…


Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


by Ilmuwan Abu Hanifah :)

Monday, February 28, 2011

Ciri-ciri Wanita Solehah.


Assalamualaikum w.b.t

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan rasulNya.
2. Taat kepada suami. (Bagi yg sudah berkahwin)


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?


- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga



Taat kepada suami ?


- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



Entry kali ni sekadar peringatan tuk diri sendiri yg seringkali alpa dengan suruhannya..moga pengetahuan ini menjadi renungan untuk diri ini lebih insaf dan mengingati-NYA.
Moga yg menbaca juga dpt menerima tempiasnya.
Ya Allah..Moga kau dpt membimbing aku tuk dpt berubah diri menjadi seorang wanita yg solehah dan baik budi pekerti.Amin.

Friday, February 25, 2011

tagged thingy : Contest Senyum Tak Nampak...?


Salam ukhuwah for readers and b.walkers yg sudi sggah n bce blog aku nie...aku tlah d'tag oleh one of my followers yg kecik molek,mayra..hehehe..walaupun aku xpnah jupe dye..memandai je wat statement hal org..huuu..sory mayra.. ;PP
Owner contest nie is Miss Muas..dye la dalang d'sebalik sume nie..teheeeee..*wink wink.
Contest ni d'gelar pix senyum xnmpak gg..yela kot tajuk dye..heeee..aku pun xbpe sure..lbey kurang mcm tu la..So,memandangkan aku xpnah join kontes montes nie..i decided to join it..walhal contest tu expired sok..huhuhu..bwu nk bkk blog jd cenggini la...sje je suka suki.. ;)

i choose this picture that represent me..ehem..malu plakss..heeeee!
(sekeh pale bwu taw ;P)


Then i have to tag 5 person..hmmm
cpe ea yg menawan aku nk pilih..ececece ;P


DONE!
:D