Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

thought

Dear diary,

it's been a long time since last i've updated this blog.  My dear blog that also my diary, i'm will getting married!yayyyy! :)

but do i really can be a wife?menjadi ibu yang baik?isteri yang solehah?
boleh ke aku menjaga dan melahirkan anak?
boleh ke aku didik anak-anak aku ke arah jalan yg sepatutnya?
boleh ke aku menjadi menantu yang baik?
boleh ke aku menjadi anak yang baik selepas kahwin?
dan boleh ke bakal suami aku menjadi suami,bapa,menantu yang sepatutnya?

GILA.
aku ni ada satu perangai yang aku sendiri tak suka.
suka nak fikir long term dan sometime bleh buat aku stress.
fikir benda tah jadi tah tidak.
nak fikir benda buruk.
haihh.

but bukan benda buruk selalunya ok.
i just thought..yela,korang bukannya kahwin tiap2 ari.
i want this marriage to be one and last.sapa tak nak.
and i want family yang bakal aku bina ni yang Allah berkati and mengikut landasan islam.
itu cita-cita aku.
aku nak dekatkan diri lebih kearahNYA.

aku nak bakal suami aku berubah bersama-sama aku tuk lebih menitik beratkan ajaran agama islam
dalam kehidupan seharian.
itu niat aku untuk berkahwin.

namun,aku perlu persiapkan ilmu di dada,aku perlu menambah amalan lebih sebelum aku nak ajak orang lain bersama-sama dengan aku.insyaAllah.moga Allah permudahkan semuanya.amin.

p/s: just my confession from this heart tapi bukan semuanya.banyak lagi yg nak aku buat and tanam azam.moga Allah dengar niat aku ni. :)


Monday, December 9, 2013

Air Dicincang Takkan Putus


Gambar diambil bersama arwah abah dan kakak sulungku. Ishak B Arshad. Nurahayu iswati Ishak.
Ketika ini,umur masih kecil,hati sesuci kain putih.Bahagia ketika ini. :)


Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…”
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Konsep ‘yang tua dihormati, yang muda dikasihi’ perlu diamalkan untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Dalam sesebuah keluarga khususnya di kalangan adik-beradik, konsep ini amat penting untuk kemesraan dan kesejahteraan bersama.

Abang dan kakak mestilah mempunyai perasaan sayang dan kasih kepada adik. Kasih akan melahirkan rasa ingin membimbing, ingin lihat ceria, selamat, sejahtera, memaafkan dan bertolak-ansur dengan adik-adik. Abang dan kakak hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab ini. Sebagai abang dan kakak yang bertanggungjawab dan penyayang, sewajarnya sentiasa memantau kelakuan adik-adik , menasihati mereka, membimbing mereka, membantu menyelesaikan masalah mereka, mengambil berat sakit mereka dan sebagainya.

Yang menjadi adik pula mesti ada rasa hormat dan berlaku hormat kepada abang dan kakak. Jangan menyakitkan hati mereka, jangan berlaku tidak sopan, dengar dan patuh nasihat mereka, memaafkan kesilapan mereka, bertolak-ansur dengan mereka dan sebagainya. Adik hendaklah menjadikan abang dan kakak sebagai pengganti atau wakil ibu dan ayah dalam hubungan dengan mereka.

Semakin kita meningkat matang dan dewasa maka semakin perlu konsep ini diamalkan. Apabila besar, kita sudah pandai berkecil hati, dengki, marah, bosan dan sebagainya. Tanpa mengamalkan konsep di atas, sudah pasti berlaku kekeruhan dalam hubungan adik-beradik. Ada dengki dan kelahi kerana harta, rasa diketepikan dan berat sebelah oleh ibu bapa, rasa rendah diri dan dengki atas kelebihan abang atau adik dan sebagainya.

Apabila adanya konsep ini dalam diri masing-masing sudah pasti timbul rasa mengalah, memaafkan, redha, mesra dan bertimbang rasa dalam kalangan adik-beradik. Maka wujudlah hubungan adik-beradik yang mesra, erat, bantu-membantu , penuh hormat dan kasih sayang sehingga ke usia tua. Dengan izin Allah, ini menjamin kesejahteraan dan kemesraan yang diredhai Allah.
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah melalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”. Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu’alam.
Sumber: iluvislam , http://jalankehambaan.blogspot.com

Tuesday, April 26, 2011

my life plan.

Dear diary..lama xupdate blog nie..coz g shah alam ritu xbwk my big lappy nie.nyesal xbwk.heee.i mish u lappy n bloggers.windu nk bce update2 semua.da jd routine sejak jd penganggur terhormat nie kn. ;P
Allah dah tentukan jalan seseorang tu dalam kehidupannya,tp it doesn't mean that kte nie xperlu tentukn arah tuju kte..kte masih boleh merubah sesuatu tu kepada kebaikan.hmm.in my life..aku ske planning.yup.planning tu xslh coz idup lebey organized walaupun Allah yg tentukan baik buruk tu.coz sbb dri c2 aku jd motivate nk lalui idup yg mencabar ni,capai matlamat aku.impian aku n blajar b'syukur dgn pe yg ada.But..for past few days,aku sgt2 terkilan..mmg aku epy.pat jupe SI DIA.coz kteowg LDR.(long distance relationship).tp pada masa yg sama aku terkilan.sbb apply tuk study xdpt.i didn't get an interview with UITM.arghhhh.cdey sgt.aku mmg nk sgt sambung degree.ase mcm xb'baloi aku dok uma xkeje n waiting for nothing yg sia2.

Faktor2 yg memungkinkan aku xdpt.Maybe sbb :

1. Aku bru nk amek MUET n tgh tggu result.

2. Bru nk pos sijil2 akademik bagai sume,sbbkn KPTM ipoh punya management mcm siallll,aku punya transkrip dpt 4 ari be4 keputusan kua.mean aku anta lmbat.walhal dh lma aku mtk b'ulang alik dri perlis ke ipoh hanya sehelai kertas...!bdohhhhh!

3. Saingan yg ramai,matrik,asasi,dak uitm,uitm bersekutu,stpm dan ramai ag la.aku ni cpe la kn... :P

4. Result aku xpower mcm owg len.

5. Aku xeclas time ec borang tu.lupe bce bismillah.

6. Mara aku bnyk utang,dye suh settle utang dlu.MAYB?

iskh..cdey sgt.Nasib parent aku ok.ciap suppot.mayb diowg memahami aku kesungguhan aku dlm niat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebey tinggi.syukur.emmm.buat masa skg aku ngah cri keje.n then apply tuk intake ke 2.If aku xdpt smbung gak,aku redha.peluang nk blaja tu masih ada.yup.keje smbil blaja pun ok kn?insya-allah.mudah mudahan Allah permudahkan smuanya.aku time ketentuan nie.


p/s : Amalan dan suruhannya juga jgn d'lupa.Barulah lengkap. :)