Monday, February 28, 2011

Ciri-ciri Wanita Solehah.


Assalamualaikum w.b.t

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan rasulNya.
2. Taat kepada suami. (Bagi yg sudah berkahwin)


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?


- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga



Taat kepada suami ?


- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



Entry kali ni sekadar peringatan tuk diri sendiri yg seringkali alpa dengan suruhannya..moga pengetahuan ini menjadi renungan untuk diri ini lebih insaf dan mengingati-NYA.
Moga yg menbaca juga dpt menerima tempiasnya.
Ya Allah..Moga kau dpt membimbing aku tuk dpt berubah diri menjadi seorang wanita yg solehah dan baik budi pekerti.Amin.